Sesetengah orang mati-mati kejar syurga. Langsung tinggalkan dunia.

Tapi kita tanak macamtu. Kita nak balance.

Dunia kita nak, syurga pun kita nak.

Tapi kalau kat dunia tak dapat apa kita nak, jangan sedih. Jangan putus asa.

Kat syurga kan ada.

#Alhamdulillah

Kadang kita sibuk mendengar kejayaan orang lain sampaikan kita paksa ;- 

anak bini suami mak ayah abang adik kakak atuk nenek kawan sekolah kawan ehem ehem beserta kucing kesayangan,

Untuk jadi apa yang KONONnya dia patut jadi.

Kalaulah boleh paksa kucing kesayangan berak tahi emas kan senang.

Oohh indahnya dunia ni.

#lol #alhamdulillah

Sambutan Kemerdekaan ke 57.

1. Sambutan kali ini disambut secara sederhana untuk memperingati tragedi MH370 dan MH17. Kebanyakan pengunjung bertafakur dan mengaminkan doa. Sesuatu yang perlu dipuji atas rasa hormat itu.

2. Apabila lagu Negaraku berkumandang, anak kecil ikut menyanyi sama dan berdiri tegak. Namun, segelintir masyarakat masih bergerak ke sana sini tanpa peduli.

3. Ketika sesi ikrar dibacakan, anak kecil ikut membaca dan berdiri tegak. Kebanyakan orang dewasa berbual sesama sendiri. Jelas penghayatan merdeka kurang dirasai terutamanya oleh orang dewasa.

4. Bendera Malaysia diberi percuma kepada orang ramai. Khemah yang didirikan bukan pada kedudukan yang strategik kerana menghalang lalu lintas dan menyesakkan keadaan. Tiada barisan untuk mengambil bendera. Kebanyakkan orang bertolak-tolak dan berebut-rebut.

5. Kotak, plastik dan sampah bersepah di atas jalan. Tong sampah tidak mencukupi. Agak disesali apabila keadaan ini dilihat pelancong asing.

6. Peniaga yang berniaga rata-rata bukan rakyat Malaysia. Boleh dibilang menggunakan jari berapa kerat anak bangsa Malaysia.

7. Trafik terkawal dan lancar. Anggota yang berkhidmat menjalankan tugas dengan berhemah.

8. Negara sudah 57 tahun menikmati kemerdekaan, sebuah harga yang diperjuangkan satu ketika dahulu. Namun, kebanyakkan sikap dan tindakan orang kita menunjukkan minda kita masih di paras bawah. 

9. Semoga kemerdekaan yang kita pertahankan selama 57 tahun ini memberi ruang untuk kita melatih diri menjadi lebih baik dan bergerak ke hadapan, bukannya duduk dalam ruang keselesaan yang memakan diri.

Bila hati kelam,
Lihat kembali kekayaan yang kau punya.
Kekayaan yang Allah beri.
Sempurna anggota mu,
Cerdas akal mu,
Sihat tubuh badan mu.

Paling penting,
Islam tali pengikat jiwa mu.

Kerna hati pasti bolak-balik.
Kerna hati pasti kelam.
Kerna itu ikat ketat kemas rapat jiwa mu dengan tali itu.

#Review : Gelato by Daily Fresh

This is totally made my day!

Chocolate Gelato by Daily Fresh. Yummylicious!

In case if you never heard of gelato, ”Gelato is the Italian version of ice cream. Gelato is much denser than ice cream because it contains significantly less butterfat than ordinary ice cream. Gelato having perhaps 10 percent higher sugar content. But because gelato is more dense, its flavours can be more intense than ordinary ice cream.”

Tapi gelato dari Daily Fresh ni tak berapa manis. Jadi, tak rasa muak. Juga menggunakan flower waffle cone. Comel dak? Nak makan pun sayang T-T

Ada banyak perisa untuk pilih. Yogurt Original, Yogurt Mango, Yogurt Strawberry, Dark Chocolate, Chocolate, Cookies, Strawberry, Mango, Green Tea, and Black Sesame. Harga? Harga jangan risau. Very beryyyyyyy affordable :)

Strongly recommended on hot sunny day!

Me is happy.

#Review : Captain America - The Winter Soldier

Filem Captain America - The Winter Soldier bermula dengan baik dengan memberikan penonton perasaan santai sebelum berjaya membawa penonton masuk ke bahagian aksi yang penuh dengan debaran dan tanda tanya. Pengakhirannya juga berakhir dengan memberi penonton perasaan tidak puas dan inginkan lebih lagi. Secara keseluruhan, filem ini berjaya memukau penonton untuk duduk di kerusi masing-masing tanpa bergerak dan memikirkan berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk tamat. 2 jam 16 minit tidak terasa berlalu!

Namun, dari segi karakter yang dimainkan oleh Chris Evans sebagai Cap, saya menjangkakan sesuatu yang lebih lagi dari beliau tetapi kali ini, seolah-olah ada sesuatu yang tidak lengkap dan memberikan impak terhadap karakter Cap. Karakter Scarlett Johansson sebagai Black Widow juga tidak berjaya ditonjolkan dengan baik terutamanya apabila muka pucatnya mengganggu penumpuan terhadap jalan cerita. Sebaliknya, lakonan Sebastian Stan sebagai Bucky lebih menghantui pemikiran dan terkesan di hati. Samuel L. Jackson juga berjaya menghidupkan karakter Nick Fury. Walaubagaimanapun, penambahan karakter seperti Anthony Mackie sebagai Falcon dan juga beberapa agen SHIELD dan Hydra yang lain masih tidak membelakangkan karakter Captain America sebagai teraju utama jalan cerita.

Penggunaan grafik yang digunakan juga boleh dikatakan antara yang terbaik. Cuma, ada beberapa scene yang tidak berkesinambungan ketika aksi Cap berlawan dengan Bucky dan juga ketika aksi Falcon dikejar oleh kapal terbang musuh. Namun, previu berkenaan cerita seterusnya berjaya menghilangkan rasa “scene off”.

"You hold a gun on everyone on Earth and call it protection,"

"This isn’t freedom, this is fear." - Captain America

Rating : 8.8/10